fbpx

Kapal karam Pulau Kapas produk selam skuba terbaharu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kapal karam yang terdapat di perairan Pulau Kapas, Marang.

MARANG – Kerajaan negeri Terengganu berhasrat memulihara lokasi kapal karam dianggarkan berusia hampir 100 tahun yang terdapat di perairan Pulau Kapas di sini sebagai tarikan pelancongan terbaharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, lokasi kapal karam tersebut boleh diperkasa dalam pakej aktiviti selam skuba arkeologi.

“Orang tua dahulu memberitahu kapal ini berasal dari Jepun sebelum diserang dan dibom menyebabkan ia terbakar lalu karam di dalam dasar laut perairan Pulau Kapas.

“Kedudukannya lebih kurang 12 kilometer dari Pulau Kapas dan sedalam kira-kira 40 meter dari dasar laut,” katanya selepas melakukan selaman skuba menyaksikan kapal karam tersebut di Pulau Kapas di sini hari ini.

Razali mengakui sebelum ini, kerajaan negeri Terengganu terlepas pandang khazanah berharga tersebut sehingga sebahagian artifak berharga di dalam kapal karam terbabit sudah hilang dipercayai dicuri sejak puluhan tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri Terengganu akan menjalin kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi memulihara kapal karam tersebut.

“Kita akan melakukan penyelidikan untuk memastikan identiti sebenar kapal karam terbabit.

“Prosedur operasi standard (SOP) termasuk pengenalan permit khas bagi aktiviti selaman skuba di lokasi kapal karam itu akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan bagi memastikan kelestariannya,” katanya.

Razali berkata, kerajaan negeri Terengganu juga berhasrat membawa keluar sebahagian artifak berharga masih berada di dalam kapal karam itu untuk dipamerkan di Galeri Arkeologi Maritim Terengganu yang bakal dibuka tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI