fbpx

Banjir di Kedah semakin pulih, hanya dua PPS masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan tikar getah yang ditenggelami banjir kilat di Sik pada malam tadi. - Foto oleh NORLIA RAMLI/ KOSMO!

ALOR SETAR – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pokok Sena, dekat sini masih dibuka melibatkan seramai 51 mangsa.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, dua PPS itu adalah di Surau Kampung Baru Batu 20 dan Masjid Nurul Iman.

“PPS Surau Kampung Baru Batu 20 menempatkan seramai 26 mangsa manakala PPS Masjid Nurul Iman seramai 25 mangsa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sementara di Sik, ketiga-tiga PPS yang dibuka iaitu di Sk Chepir, Markas Pas Tanjung Belit dan Surau Kampung Belimbing telah ditutup.

“PPS SK Chepir ditutup pada pukul 9.30 malam tadi diikuti Markas Pas Tanjung Belit dan Surau Kampung Belimbing pada pukul 2 petang tadi,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan banjir di empat daerah iaitu Sik, Pokok Sena, Padang Terap dan Bandar Baharu semakin pulih.

“PPS yang dibuka hanya di Pokok Sena sahaja yang mana air semakin surut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI