fbpx

Peruntukan RM70,000 tetapi tandas pelajar masih ‘jelik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan tandas sekolah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa melihat keadaan tandas sekolahnya yang kotor dan masih belum dibaik pulih walaupun sudah menerima peruntukan daripada Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurutnya, hantaran tersebut dimuat naik untuk menunjukkan keadaan sebenar tandas sekolah di tempatnya yang berada dalam keadaan tidak memuaskan.

“Katanya dapat peruntukan RM70,000 untuk baik pulih tandas setiap sekolah. Tapi, inilah tandas sekolah kami,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menggesa pengguna tersebut supaya membuat laporan terus kepada KPM supaya mereka dapat melakukan siasatan lanjut.

Dalam pada itu, ada juga yang mengadu tentang keadaan tandas sekolah anak masing-masing yang belum dibaik pulih.

“Sama dengan keadaan tandas di sekolah anak saya. Tunggu dua bulan tetapi tidak ada sebarang perubahan. Sampaikan anak sanggup tahan daripada buang air di sekolah,” kata Are Nis.

“Mohon menteri, Fadhlina Sidek turun padang dan lakukan ‘spot check’ kerana masih ada tandas sekolah yang masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan,” kata Shameer.

“Buat laporan sahaja. Tapi kena telus, bagi tahu sekolah mana. Gambar ini gambar bila? Apa-apapun kita bersangka baiklah ya,” kata Embah.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 321 tanda suka dan 331 komen.

Julai lalu media melaporkan, KPM mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.

KPM dalam masa sama, memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas untuk keselesaan setiap pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI