fbpx

Remaja 14 tahun maut, motosikal dirempuh trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Honda C100 terlibat dalam kemalangan mengorbankan Muhammad Haziq di Kilometer 11, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Sungai Pinang, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai di sini maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 11, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Sungai Pinang, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.20 malam itu, mangsa, Muhammad Haziq Akif Zulkifli, 14, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, remaja itu dikatakan dalam perjalanan ke Air Putih dari Chukai di sini.

“Sewaktu kejadian, motosikal jenis Honda C100 yang ditunggangi Muhammad Haziq Akif dikatakan dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax di laluan berselekoh.

“Kenderaan dipandu seorang juruteknik berusia 35 tahun dari arah bertentangan tersebut dikatakan gagal memotong kereta Proton Wira,” ‘katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, kenderaan pacuan empat roda terbabit kemudiannya terbabas sebelum dilanggar pada bahagian belakang oleh kereta Proton Wira.

Tambah beliau, mayat Muhammad Haziq Akif telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI