fbpx

Empat teras falsafah pemerintahan pacu ATM masa hadapan – Mohammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad.

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman menggariskan empat falsafah pemerintahan yang akan digunapakai sepanjang kepimpinan beliau bagi memiliki sebuah angkatan masa hadapan.

Mohamad ketika menyampaikan Perintah Ulung Panglima ATM ke-22 di sini hari ini berkata, empat falsafah tersebut sangat penting untuk dihayati kerana akan menjadi panduan dan rujukan kepada semua panglima serta pemerintah bagi diterjemahkan dalam setiap pelaksanaan tugas, amanah dan direktif agar ia selari dengan landskap arkitektur pemerintahan beliau.

“Falsafah pemerintahan ini saya zahirkan berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan latihan yang telah saya lalui selama 36 tahun dalam perkhidmatan. Teras pertama adalah memperkasakan keupayaan dan kesiagaan menuju angkatan masa hadapan.

“Bagi memacu teras ini, saya berkehendakkan tiga gerak tindak iaitu penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Masa Hadapan (Jawatankuasa Pemampan) dalam kadar segera, Fourth Dimension Malaysian Armed Forces (4DMAF) diperbaharui dengan kadar segera serta Reformasi ATM 2030 (Angkatan 30) melibatkan perubahan serta penstrukturan semula organisasi sedia ada.

“Teras kedua melibatkan pelaksanaan transformasi operasi, latihan dan doktrin. Ia bagi memastikan seluruh anggota ATM bersiap sedia hadapiapa jua ancaman mendatang, manakala teras ketiga tertumpu kepada usaha menggilap modal insan angkatan yang positif dan progresif secara holistik,” jelasnya.

Tambah Mohammad, bagi teras terakhir yang menjadi fokus utama beliau adalah memperkasakan gagasan bersepadu tentera dan rakyat.

“Saya berkehendak panglima-panglima dan semua peringakt pemerintahan melaksanakan tugas memberi bantuan kepada rakyat dan kerajaan ketika dilanda musibah bencana khususnya dalam mengaturgerakkan aset-aset pertahanan yang berkaitan.

“Saya percaya dengan perlaksanaan empat yeras falsafah pemerintahan itu, nescaya ATM akan menjadi sebuah organisasi yang mendukung semangat kebersamaan dan tidak menyonsong arus secara sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Mohammad dilantik sebagai Panglima ATM yang ke-22 menggantikan Jen Tan Sri Affendi Buang yang bersara pada 6 September lalu.

Mohammad, 59, dilahirkan di Machang, Kelantan pada 15 Mac 1964 telah dilantik sebagai PTD yang ke-29 pada 22 Mac tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI