fbpx

Hujan lebat di Pulau Pinang, Kedah dan Perak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di 10 negeri pagi ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang MetMalaysia hari ini, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Selain itu, cuaca buruk diramal berlaku di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak.

“Keadaan sama juga diramal melanda Sabah, iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam hantaran yang sama.

Tambah MetMalaysia, di Sarawak antara kawasan yang terjejas adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Bagi Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula diramal tiada hujan berlaku,” jelasnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI