fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penduduk Gaza perlukan berjuta botol air minuman untuk terus hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lotfy (tengah) pada sesi taklimat kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Turkiye, Jordan, United Kingdom dan Muslim Care Malaysia (MCM) dari Malaysia, semalam.

PETALING JAYA – Bantuan 40 lori ubat-ubatan dan makanan milik Bulan Sabit Merah berjaya masuk ke Gaza pada Sabtu dan Ahad lalu.

Pengurus Pusat Operasi Kecemasan Bulan Sabit Merah Mesir, Lotfy Soliman Gheith berkata, ketika ini Bulan Sabit Merah Mesir yang bernaung di bawah Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah satu-satunya organisasi diberi kebenaran pihak berkuasa Mesir melintasi pintu sempadan Rafah untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Kami sedar bantuan dibawa 40 lori itu amat sedikit untuk dua juta penduduk Gaza, tapi itulah saja kebenaran yang diberikan kepada kami pada masa ini.

“Memang keperluan ubat-ubatan dan peralatan perubatan amat mendesak tapi air dan makanan juga amat penting untuk memastikan mereka yang selamat boleh terus hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Secara purata, setiap orang di Gaza memerlukan sekurang-kurangnya dua botol air minuman berukuran satu liter setiap hari.

Lofty berkata, pek makanan sedia dimakan menjadi keutamaan untuk diagihkan kerana penduduk Gaza kini sukar memasak disebabkan kehilangan tempat tinggal dan air bersih.

“Mereka kini perlukan berjuta-juta botol air minuman dan pek makanan sedia dimakan supaya dapat terus hidup.

“Di Gaza kini tiada air bersih, tiada makanan, tiada elektrik, sumber tenaga lain juga terhad dan infrastruktur tidak lagi berfungsi,” katanya.

Menurut Lotfy, fokus pihaknya kini ialah 500,00 pelarian yang mencari perlindungan di Rafah.

“Kalau dicampur 1.5 juta orang yang ada di bahagian lain di dalam Gaza, jelas kita memerlukan bekalan berbilion botol air minuman pada masa kritikal ini kerana kami menjangka perang ini terus berlarutan,” katanya.

Lofty berkata demikian ketika sesi taklimat kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Turkiye, Jordan, United Kingdom dan Muslim Care Malaysia (MCM) dari Malaysia, di sini, pada 22 Oktober 2023.

MCM diwakili Timbalan Presiden, Mohd Johari Ismail, Setiausaha Agung, Ahmad Safuan Ujar dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI