SHAH ALAM – Konsep solidariti buat rakyat Palestin menjadi tuah buat duo, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran untuk memenangi hati juri dan peminat sehingga diangkat sebagai juara minggu kedua Famili Duo musim tiga (FD3).
Dengan menyampaikan lagu medley berjudul Earth Song dan We Will Not Go Die, pasangan duo sepupu itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.
Meraih pujian juri, Mas Idayu dan Ajai menyifatkan pasangan itu berjaya membawa lagu nyanyian asal Michael Jackson dan Michael Heart itu dengan baik dan menyentuh emosi
Kejayaan mereka tang berjaya menduduki kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 60.9 meninggalkan peserta lain seperti Shila Amzah dan Syahir Amzah yang beroleh 45.4 markah; serta Syarif dan Shaiful Zero (33.1 markah).
Manakala empat lagi peserta iaitu Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi mendapat 45.3 markah; Tom dan Fuad Rahman (32.8 markah) serta Ryan Bakery dan Adam Bakery (22.5 markah).
Susulan kemenangan, Haqiem dan Ariff memilih tema Rock Medley – Slow or fast untuk dipersembahkan setiap peserta pada konsert minggu ketiga, Ahad depan.
Sementara itu, konsert minggu kedua FD3 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon sensasi, Sophia Albarakbah serta pasangan pengantin baharu, Sabri Yunus dan Angeline Tan.
Program nyanyian melibatkan enam pasangan duo dengan ikatan kekeluargaan tersebut menyaksikan persaingan selama lapan minggu dengan hadiah RM100,000 untuk juara pada malam kemuncak.
Program lapan episod berkenaan berkenaan turut menamakan pemenang konsert mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian menerusi Tonton membabitkan 30 peratus. – KOSMO! ONLINE