fbpx

67 mangsa banjir kilat di Sik dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM melakukan operasi memindahkan mangsa banjir kilat di Sik, malam ini.

SIK – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepir dan Markas Pas Tanjung Belit dibuka bagi menempatkan 67 mangsa banjir di daerah ini, malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd. Napiah berkata, seramai lima orang daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS SK Chepir.

“Seramai 62 lagi mangsa daripada 10 keluarga berlindung di PPS Markas Pas Tanjung Belit,” katanya di sini hari ini.

Anggota APM melakukan operasi memindahkan mangsa banjir kilat di Sik, malam ini.

Kata beliau, setakat pukul 10.40 malam ini, enam kampung dan satu kawasan perumahan di mukim Sik, Sok dan Teloi dilaporkan terjejas akibat banjir kilat.

“Kawasan yang dinaiki air di mukim Sik adalah Kampung Banggol Kiat, Kampung Jerai, Kampung Belimbing dan Taman Dedap.

“Di mukim Sok pula adalah Kampung Pinang dan Kampung Surau manakala di mukim Teloi pula setakat ini hanya melibatkan Kampung Titi Semang,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan empat buah kampung serta satu kawasan perumahan di mukim Sik dan Sok, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak pukul 4 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI