fbpx

Solidariti Palestin, Haqiem Rusli, Ariff Bahran undang sebak, tangisan FD3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM Rusli dan Ariff Bahran tampil dengan persembahan bertemakan isu Palestin-Israel dalam konsert minggu kedua FD3.

SHAH ALAM – Tampil membawakan lagu medley Earth Song dan We Will Not Go Down dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3), persembahan pasangan sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran mengetengahkan konsep solidariti melaungkan semangat perjuangan menentang kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin.

Persembahan menyentuh hati tersebut turut membuat pengacara, Janna Nick menitiskan air mata mengenangkan nasib saudara sesama Islam yang terkorban di Gaza.

“Saya sebak mengikuti persembahan yang menyentuh hati dan menyayat perasaan,” katanya usai persembahan Haqiem dan Ariff.

Dalam persembahan minggu kedua itu, Haqiem dan Ariff menggayakan pakaian bertemakan warna bendera Palestin.

Malah, mereka turut menjayakan sketsa mengenai situasi yang berlaku di Gaza.

Lebih menyentuh perasaan apabila dua penyanyi terbabit menggunakan latar belakang video klip keadaan rakyat Palestin sehingga mengundang sebak penonton di Studio NTV7, malam ini.

Selain Haqiem dan Ariff, pertandingan nyanyian membabitkan selebriti yang mempunyai pertalian saudara itu turut disertai lima lagi pasangan.

Mereka adalah Shila dan Syahir, manakala pasangan adik beradik lain Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta pensohor media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery.

Antara duo lain suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta pasangan Syaiful dan Sharif.

Program yang menyaksikan enam pasangan duo bakal bersaing selama lapan minggu itu menawarkan RM100,000 bagi juara edisi ke tiga ini.

FD3 menyaksikan pemenang mingguan dipilih bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian melalui Tonton membabitkan 30 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI