fbpx

Saman RM1.9 juta dikutip dalam tempoh 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan mengutip kira-kira RM1.9 juta dalam tempoh empat hari hasil daripada pembayaran saman selepas diskaun 50 peratus yang ditawarkan baru-baru ini.

Ketua JSPT Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kutipan itu bermula 16 hingga 18 November lalu iaitu pada hari bekerja.

“Bayaran saman itu dikutip di semua Ibu Pejabat Polis Daerah negeri ini dari pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

“Pada hari pertama tawaran diskaun itu, sebanyak RM575,770 saman berjaya dikutip manakala pada hari kedua (RM553,780), hari ketiga (RM413,920) dan hari keempat (RM430,830),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai saman boleh berbuat demikian sehingga tarikh akhir iaitu 30 November depan dan kaunter bayaran hanya dibuka pada hari bekerja sahaja.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, orang ramai yang mempunyai saman kesalahan lalu lintas di negeri ini boleh membuat semakan dan pembayaran dengan diskaun sebanyak 50 peratus bagi tempoh dua minggu bermula 16 hingga 30 November ini.

Urusan pembayaran saman boleh dibuat pada hari bekerja sahaja iaitu Ahad hingga Khamis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI