fbpx

EPL: Kebangkitan luar biasa Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD (tengah) menyelamatkan Arsenal daripada menanggung kekalahan selepas meledak gol penyamaan ketika menentang Chelsea awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menghamburkan pujian tinggi kepada anak-anak buahnya yang menunjukkan respons luar biasa untuk bangkit mengikat Chelsea 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Satu mata berharga di Stamford Bridge itu membolehkan The Gunners memanjat ke tangga kedua EPL menerusi 21 mata sama dengan Manchester City di puncak liga.

Apa yang lebih menggembirakan Arteta, 41, adalah situasi pasukannya masih berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah daripada sembilan perlawanan EPL setakat ini.

“Kami tidak bermain dengan tujuan yang jelas kerana kami menggerakkan bola tanpa cubaan untuk mengancam mereka. Ia bahaya apabila menentang pasukan seperti Chelsea.

“Kami kurang menang bola di udara dan juga kawasan-kawasan sempit membolehkan mereka melakukan serangan balas. Di separuh masa kedua kami kelihatan jauh lebih bagus, tetapi kami bolos gol kedua.

“Saya puji reaksi balas para pemain. Kesemua pemain termasuk di bangku simpanan berfikir bagaimana untuk mencari jalan mengubah situasi ini. Saya gembira kerana saya tahu mereka tidak mudah berputus asa walaupun ia sukar,” kata Arteta.

Chelsea mendahului dua gol menerusi sepakan penalti Cole Palmer pada minit ke-15 dan jaringan cantik Mykhailo Mudryk (m-48), namun kesilapan penjaga gol, Robert Sanchez memulakan kebangkitan Arsenal.

Dua gol The Gunners selepas itu diperoleh menerusi rembatan jauh Declan Rice dan Leandro Trossard masing-masing pada minit ke-77 serta 85.

Ia merupakan bekalan semangat terbaik buat Arsenal yang akan bertandang ke Sepanyol menentang Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan untuk aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI