fbpx

Britney Spear belajar mabuk daripada ibu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY bersama ibunya, Lynne Spears.

SELEPAS mendedahkan pernah menggugurkan anak Justin Timberlake sewaktu sedang hangat bercinta, penyanyi Britney Spears mengejutkan peminat apabila memberitahu diajar untuk mengambil minuman beralkohol oleh ibunya sendiri ketika masih remaja.

Ujar penyanyi berusia 41 tahun itu, dia mula minum minuman keras seawal usia 13 tahun sehingga membuatkan dirinya mengalami ketagihan.

“Saya diajar untuk mengambil minuman keras oleh ibu saya ketika berusia 13 tahun. Saya terpaksa mengikuti apa sahaja yang disuruh olehnya,” kata Spears.

Ujar pelantun lagu Toxic itu, dia disuruh untuk mengambil minuman keras oleh ibunya kerana wanita itu mendakwa minuman tersebut boleh membuatkan dirinya berasa lebih tenang sewaktu berdepan dengan kekerasan oleh bapa kandungnya, Jamie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI