fbpx

Kecoh ‘patung David’ jadi hiasan deko rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbandingan Patung David dan Apollo.

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial mengenai ‘patung David’ yang menjadi hiasan rumah orang beragama Islam semalam.

Menerusi perkongsian seorang pempengaruh, @dyamohamad90 di TikTok, patung David diukir oleh artis Itali yang sangat popular pada abad ke-16, Michelangelo.

Patung itu dicipta untuk menggambarkan Raja David yang tidak pandai berperang dan sanggup mengorbankan dirinya untuk melawan raksasa demi menyelamatkan Israel.

“Patung David tidak sama dengan patung Apollo yang melambangkan Tuhan Yunani.

“Sementara itu, patung Apollo pula adalah dewa muzik, ramalan, panahan, penyembuhan dan juga Tuhan untuk lelaki yang belum berkahwin,” jelasnya.

Tambahnya, adalah baik untuk orang Islam meletakkan patung berkenaan dalam rumah orang bukan beragama Islam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa patung itu tidak dibenarkan untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah.

“Terima Kasih atas pencerahan. Patung David atau Apollo kalau namanya patung memang tak boleh simpan dalam rumah nanti malaikat tak masuk,” tulis Sunan Rose.

“Jangan kata patung David, kalau ada gambar yang hidup pun tak boleh nanti rumah jadi tidak berkat,” komen Syafilla Syafiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI