fbpx

[VIDEO] Netizen cadang polis Malaysia contohi Kemboja didik mat rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiga mat rempit yang dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa Thailand.

PETALING JAYA – Tular di media sosial mengenai tiga pelesit rempit di Kemboja yang dihukum dengan cara membotakkan kepala dan mengusung motosikal mengelilingi bulatan.

Perkongsian video oleh Fahmi Zainol di Facebook itu turut memaparkan kumpulan penunggang motosikal tersebut diarah memohon maaf kepada penjaga atau keluarga masing-masing.

Rata-rata rakyat Malaysia mencadangkan supaya pihak berkuasa negara ini mencontohi hukuman tersebut yang disifatkan lebih efektif dalam menangani masalah rempit atau menunggang motosikal secara berbahaya.

“Macam ni (hukuman) baru betul. Ini antara hukuman yang mampu mendidik (golongan rempit),” kata Mohd Jais.

“Terbaik betul Polis Kemboja. Memang suka mendidik rakyat dan warganya sentiasa dilatih untuk bijak pandai,” komen Mahendran Narayanan.

“Elok didenda seperti ini daripada kerap kali duk kutip otak, anggota badan atas jalan. Nampak gayanya jelas undang-undang yang ada sekarang sudah tak relevan lagi kepada pelumba haram seperti mereka,” kata Shahrol Osman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI