fbpx

Tiada sekatan hantaran berkaitan Palestin di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan wujudnya sebarang sekatan daripada Meta terhadap pengguna yang berkongsi atau memuat naik sebarang hantaran berkenaan Palestin.

Menurutnya ketika ditemui di perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ yang diadakan di Dataran Merdeka hari ini, beliau mengesahkan ada menerima mesej kononnya dari Facebook (FB) atau Meta, namun setelah diselidik, mesej tersebut adalah tidak benar.

“Pada waktu ini, tidak ada sekatan di Facebook. Bagaimanapun, di TikTok, ada yang mengadu konten mereka yang mengandungi perkataan Hamas diturunkan.

“Pada jam 1.20 tengah hari muat naik, jam 1.21 telah diturunkan dengan alasan melanggar garis panduan komuniti. Kita sudah berhubung dengan TikTok namun masih belum terima penjelasan sebenar dan sudah minta bantuan Wisma Putra bagi mendapatkan panduan,” katanya.

Menurut Fahmi, rakyat Malaysia perlulah bersatu hati sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, terutamanya yang berada di Gaza dan Tebing Barat.

“Saya gesa semua rakyat malaysia bersama-sama dalam perjuangan ini.

“Ini bukan isu umat Islam semata-mata. Beberapa hari lepas, sebuah gereja tertua di Gaza telah di bom. Ini bukti rejim Zionis tidak mengenal agama atau bangsa, semua menjadi mangsa.

“Kerajaan juga usaha sampaikan bantuan kepada Palestin, dan banyak lagi bantuan akan menyusul pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI