fbpx

IPTA perlu tawar tempat kepada yang layak bagi mengisi kekosongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED melawat gerai pameran sempena Majlis Perasmian UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini diminta menawarkan tempat kepada lepasan sekolah tempatan yang layak melanjutkan pengajian bagi mengisi kekosongan sedia ada.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, gesaan itu dibuat kerana ketika ini terdapat banyak kekosongan penempatan di IPTA bagi Sesi Akademik 2023/2024.

Katanya, sungguhpun demikian, tawaran penempatan akan tetap dibuatnya berdasarkan merit iaitu melindungi pelajar yang mempunyai kelayakan lulus asas.

“Setiap universiti berbeza, jadi saya minta setiap universiti melihat mana-mana penuntut yang layak tetapi tidak mendapat tempat baru-baru ini untuk ditawarkan walaupun dia hanya lulus kelulusan asas.

“Ini adalah supaya tidak ada mana-mana penuntut tercicir dan universiti juga beri peluang sekali lagi kepada mereka, tiada masalah kerana mereka telah layak mengikut merit.

“Saranan ini kerana kita ada banyak kekosongan, seperti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Pasir Gudang ini, kapasiti 4,000 penuntut namun setakat ini hanya ada seramai 3,100 penuntut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI