fbpx

657 tan pelbagai jenis produk sejuk beku dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak pelbagai jenis produk sejuk beku dirampas daripada sebuah premis di Kemena Industrial Estate, Bintulu kelmarin.

BINTULU – Sebanyak 657 tan pelbagai jenis produk sejuk beku dirampas daripada sebuah premis di Kemena Industrial Estate, di sini kerana disyaki tidak mempunyai permit import yang diakui sah.

Rampasan dilakukan dalam serbuan dan pemeriksaan Op Taring Bravo yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu kira-kira pukul 8 pagi kelmarin.

Komander PGA Briged Sarawak, SAC Che Ghazali Che Awang berkata kesemua produk makanan sejuk beku yang terdiri daripada pelbagai jenama tersebut disimpan di dalam ruang pembekuan di tiga buah bilik sejuk beku di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan sebanyak 47,500 kotak (491,750 kilogram) mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha, hempedu, dada dan sosej, serta 5,500 kotak (114,000 kilogram) mengandungi pelbagai bahagian daging sapi seperti daging, tulang, dan perut.

“Turut ditemukan semasa pemeriksaan tersebut sejumlah 1,900 kotak (51,300 kilogram) daging khinzir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM13,302,125.

Che Ghazali berkata dalam serbuan itu, pasukan serbuan turut memeriksa dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 55 dan 70 tahun.

Susulan itu, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Bintulu telah mengenakan tindakan kompaun ke atas pemilik premis tersebut dan kesemua barang kes telah dirampas untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Ordinance Kesihatan Awam Veterinar 1999 – Mengimport produk ternakan atau berasaskan ternakan tanpa permit yang sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI