fbpx

Konflik Palestin-Israel: Tahanan dibebas selamat bukti Israel menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Judith dan Natalie dibebaskan oleh tentera Hamas dalam keadaan selamat. – BBC

BANDAR GAZA – Dua warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tahanan tentera Hamas dibebaskan dalam keadaan selamat, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Kedua-dua mereka ialah penduduk Chicago iaitu Judith Tai Raanan dan anak perempuannya, Natalie Raanan. Mereka berada Israel untuk melawat keluarga ketika ditahan pada 7 Oktober lalu.

Gabenor Illinois, J.B. Pritzker berkata, dua beranak itu berada dalam keadaan selamat dan menerima rawatan perubatan.

Hamas mengumumkan pembebasan Judith dan Natalie awal kelmarin dengan menyatakan bahawa ia dilakukan atas dasar kemanusiaan.

“Pembebasan ini adalah bukti kepada rakyat AS dan penduduk dunia bahawa dakwaan yang dibuat oleh Presiden Joe Biden serta pentadbiran fasisnya adalah palsu dan tidak berasas,” kata jurucakap Hamas, Abu Obaida. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI