fbpx

KKM lancar MHSS, MyMinda perkukuh agenda kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (tiga, kanan) ketika melancarkan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Semasa Krisis dan Bencana (MHPSS), di Mutiara Damansara, di sini hari ini.-Foto ISKANDAR ISHAK

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Semasa Krisis dan Bencana (MHPSS), hari ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, modul latihan itu dibangunkan untuk melatih anggota kesihatan lain seperti pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan paramedik di klinik
kesihatan seluruh negara.

Jelas beliau, ia berikutan wujudnya kesedaran tentang kekangan anggota profesional kesihatan mental terutamanya ketika pandemik Covid-19.

“Pada ketika ini, sekurang-kurangnya satu pasukan MHPSS telah diwujudkan di setiap daerah dan hospital.

“Saya harapkan pelancaran modul ini dapat mengukuhkan kemahiran pengurusan krisis dalam kalangan anggota kesihatan.

“Ia sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan mental dalam usaha menjayakan kempen hentikan stigma,” katanya sebelum merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan di Mutiara Damansara, di sini hari ini.

Selain itu menurut Zaliha, KKM turut membangunkan ‘Training Module on Suicide Prevention FirstLine Responders’ bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan melatih petugas barisan hadapan.

“Peranan petugas barisan hadapan amat penting dalam usaha pencegahan tingkah laku bunuh diri.

“Saya difahamkan mereka terdiri daripada anggota kesihatan, anggota polis, anggota bomba, anggota pertahanan awam, anggota maritim dan anggota kebajikan masyarakat.

“Golongan ini terlibat dalam pengendalian kes tingkah laku bunuh diri serta rujukan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Dalam masa sama katanya, KKM turut memperkenalkan MyMinda sebagai satu komponen baru dalam aplikasi MySejahtera.

“Ia terdiri daripada saringan minda sihat, sumber psikopendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.

“Diharapkan melalui inisiatif ini, informasi dan intervensi awal psikososial dapat dicapai di hujung jari sahaja,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental, sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.

“Kesihatan mental milik semua dan hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini adalah simbol kesihatan mental antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI