fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis arah 20 hospital dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berada di kawasan hospital Ahli Arab di tengah Gaza selepas serangan Israel Rabu lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Israel mengarahkan pengosongan 20 buah hospital di utara Semenanjung Gaza ketika Rejim Zionis mengancam akan meningkatkan pengeboman di wilayah itu, lapor laman berita Middle East Monitor.

Seorang sumber pegawai keselamatan Israel berkata, enam daripadanya telah dikosongkan, lapor agensi berita Anadolu.

“Empat hospital enggan mematuhi arahan pemindahan manakala hospital lain sedang dikosongkan,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan institusi antarabangsa berkata, dalam beberapa hari lalu, berlakunya krisis kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza akibat pengeboman dan pengepungan Israel yang dikenakan ke atas wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai Israel berkata: “Tiada krisis kemanusiaan di Gaza. Setakat ini, 700,000 penduduk telah dipindahkan dari utara Semenanjung Gaza ke selatan Lembah Gaza.”

Setakat ini, kira-kira 1.1 juta penduduk di utara Semenanjung Gaza telah diarahkan mengosongkan kediaman mereka dan berpindah ke selatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI