fbpx

Terbuka Denmark: Zii Jia buru gelaran kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA sedia memburu gelaran kedua berturut-turut selepas muncul juara pada Terbuka Arctic minggu lalu. - AFP

PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berjaya mengesahkan tempat ke pentas final Terbuka Denmark selepas menundukkan lawannya dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu dengan straight-set 21-15, 21-17 pada aksi yang berlangsung di Arena Jyske Bank, Odense, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan pemain yang berada di ranking ke-11 dunia itu mara ke perlawanan akhir kejohanan berkenaan buat kali kedua berturut-turut selepas hanya muncul sebagai naib juara pada edisi lalu apabila tewas kepada pemain China, Shi Yuqi.

Kejayaan mara ke pentas final pada Terbuka Denmark ini juga menjadi aksi kedua berturut-turut buat Zii Jia selepas dia juga berjaya meraih gelaran pada Terbuka Arctic di Vantaa, Finland minggu lalu.

Menanti Zii Jia di gelanggang akhir yang dijadual berlangsung lewat hari ini adalah seorang lagi pemain China, Weng Hongyang yang merupakan juara Terbuka Australia selepas dia menewaskan Yuqi 21-19, 21-14 dalam satu lagi pertarungan separuh akhir.

Perkembangan itu menyaksikan dua wakil negara termasuk pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan beraksi pada pentas perlawanan akhir hari ini selepas mereka mara dengan menundukkan beregu tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 21-15, 21-15

Pasangan negara itu akan turun menentang beregu di kedudukan ke-14 dunia yang juga juara All England 2022, Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang menempah slot final apabila membenam rakan senegara mereka, ajar Alfian-Rian Ardianto 21-11, 16-21, 21-12. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI