fbpx

Selangor julang Piala Agong 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Selangor meraikan kejayaan menewaskan seteru tradisi, Kuala Lumpur pada aksi Piala Agong semalam. - Foto ihsan UiTM United

PETALING JAYA – Pasukan Selangor mempamerkan belang apabila menjulang trofi Piala Agong apabila menewaskan pasukan Kuala Lumpur dengan keputusan 1-0 di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan menjulang trofi Piala Agong itu seperti memberi petanda bahawa Selangor sudah bersedia mengharungi kempen Piala Emas Raja-Raja edisi 2023 yang akan bermula Sabtu depan.

Selangor yang merupakan juara bertahan Piala Emas Raja-Raja musim lepas meraih jaringan tunggal diraih menerusi Muhammad Asyraaf Rifqi pada minit 59.

Hadiahkan kemenangan disampaikan Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah, Datuk Azhar Husin dan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd. Firdaus Mohamed kepada kedua-dua pasukan selepas aksi itu.

Selangor membawa pulang trofi, medal dan hadiah kemenangan RM10,000 manakala Kuala Lumpur meraih RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI