fbpx

Terbuka Denmark: Benam tuan rumah, Aaron-Wooi Yik ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik makin bersemangat untuk menghadapi Sukan Olimpik selepas aksi Piala Thomas baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memiliki peluang terbaik untuk merangkul gelaran sulung dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) selepas melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Denmark.

Bekas juara dunia itu menampilkan aksi cukup baik ketika menjinakkan pasangan tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen menerusi kemenangan 16-21, 21-15, 21-15 pada pusingan separuh akhir sebentar tadi.

Untuk rekod, ini adalah final keempat Aaron-Wooi Yik bagi saingan musim ini selepas tiga percubaan terdahulu pada Terbuka India, Terbuka Indonesia dan Terbuka China menyaksikan mereka muncul naib juara.

Menunggu Aaron-Wooi Yik di perlawanan akhir nanti adalah beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang menewaskan rakan sepasukan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 16-21, 21-12.

Berdasarkan rekod pertemuan, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu memiliki kelebihan kerana tidak pernah tewas kepada pasangan Indonesia tersebut dalam tiga perlawanan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI