fbpx

Gunung Everest jadi tong sampah tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 21 Mei 2018 menunjukkan khemah, peralatan pendakian dan sampah ditinggalkan di sekitar Camp 4 di Gunung Everest. – AFP

KATHMANDU, Nepal – Sisa mikroplastik telah ditemui dekat puncak Gunung Everest dan dipercayai berpunca daripada peralatan yang digunakan oleh kumpulan pendaki, demikian menurut satu kajian yang diterbitkan kelmarin.

Khemah warna fluoresen, pelbagai peralatan pendakian dibuang, kanister gas kosong dan najis manusia beku adalah antara sisa yang lazim ditemui di laluan sepanjang 8,848 meter (m) ke puncak, sekali gus membuatkan Gunung Everest digelar tong sampah tertinggi dunia.

Kumpulan penyelidik National Geographic dan Ekspedisi Eve­rest Rolex Perpetual Planet me­lakukan kajian pertama membabitkan mikroplastik pada gunung tertinggi dunia itu pada 2019.

Kumpulan pengkaji mendapati bahan pencemaran itu boleh ditemui pada ketinggian 8,440 m dari paras laut. Penemuan itu mendedahkan potensi ancaman pencemaran plastik di Gunung Everest dan diterbitkan dalam jurnal alam sekitar, One Earth kelmarin.

“Sampel menunjukkan jumlah signifikan poliester, akrilik, nilon dan gentian polipropilena,” kata pengarang kajian, Imogen Napper dalam satu kenyataan.

Napper juga merupakan seorang pengembara National Geographic dan saintis di Universiti Plymouth di Britain.

Beberapa pekerja Nepal menyusun guni berisi sampah yang dikumpul dari Gunung Everest untuk dikitar semula pada 5 Jun 2019. – AFP

“Saya agak terkejut menemui mikroplastik pada setiap sampel salji yang (saya) analisis. Gunung Everest ialah salah satu tempat yang saya sentiasa anggap terpencil dan terpelihara.

“Untuk menyedari bahawa kita sudah mencemari kawasan dekat puncak gunung tertinggi (dunia) itu benar-benar mengejutkan,” jelasnya.

Sebahagian besar pakaian aktiviti luar yang digunakan kumpulan pendaki dan penjejak di Gunung Everest diperbuat daripada fabrik sintetik. Khemah, tali pendakian dan peralatan lain juga menggunakan material  itu.

“Kami mengesyaki barangan jenis ini adalah punca pencemaran utama berbanding makanan dan bekas simpanan air,” kata Napper sambil merujuk kepada jumlah sampah di puncak selepas berpuluh-puluh tahun aktiviti pendakian bertukar kepada komersial.

Gunung Everest (tengah) dan Banjaran Himalaya dirakam dari sebuah pesawat komersial pada 7 Februari lalu. – AFP

Tahun lalu, satu kumpulan 14 anggota menghabiskan masa selama enam minggu mengutip sampah di sekitar Base Camp dan Camp 4 di Gunung Everest, kira-kira setinggi 8,000 m.

Mereka juga membawa turun empat mayat yang ditemui dan lebih 10 tan botol plastik, tin minuman serta alat pendakian.

Kajian sama tidak menolak ada kemungkinan mikroplastik di Gunung Everest dibawa tiupan angin kuat dari kawasan lain se­perti Banjaran Himalaya.

Ada kumpulan pengkaji turut menemui sisa mikroplastik di pergunungan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI