PARIS – Seorang lelaki melamar kekasihnya di atas dek panorama Menara Eiffel kelmarin ketika mereka terperangkap di bangunan tertinggi di Paris itu, lapor portal berita ABC.
Mereka terkandas selepas lif menara berkenaan tidak boleh digunakan buat sementara waktu.
Amir Khan melamar kekasihnya, Kat Warren ketika mereka terperangkap bersama sejumlah pengunjung lain.
Lif tersebut tidak berfungsi buat bagi membolehkan anggota-anggota polis menangkap seorang pendaki yang memanjat menara setinggi 330 meter itu.
Seorang wartawan agensi berita AP, Pat Eaton-Robb berada di lokasi tersebut secara kebetulan. Dia membuat liputan berita tentang peristiwa romantik itu.
“Saya fikir kami mungkin berada di sini lebih lama daripada yang saya bayangkan. Jadi, saya tidak mahu terlepas makan malam dan dia sentiasa mahu dilamar sama ada di atas Menara Eiffel atau di bawahnya. Oleh itu, saya fikir, inilah masanya,” kata Amir kepada Eaton-Robb.
Dalam pada itu, pendaki itu ditemui di antara tingkat dua dan tiga menara tersebut, kata Pengarah Komunikasi Menara Eiffel, Alice Beunardeau.
Katanya, anggota-anggota bomba membawa turun lelaki itu turun dan polis kemudian menahannya. – AGENSI