fbpx

Perletakan jawatan Bersatu Gerik hanya masalah kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainudin (tengah) ketika menghadiri Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Larut di Felda Ijok hari ini.- Wat Kamal Abas

LARUT – Isu perletakkan jawatan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob sebagai Setiausaha Bahagian Bersatu Gerik serta ketiadaan Ketua Bersatu Gerik selepas Pemangku Ketua Bahagiannya, Mohamad Rizal Abd Razak yang meletak jawatan pada 1 Oktober lalu haya masalah kecil.

Setiausaha Agong Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya yakin isu tersebut akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.

“Perletakkan jawatan Fathul Huzir adalah disebabkan ketiadaan Ketua Bahagian selepas pemangkunya melepaskan jawatan.

“Disebabkan perkara itu, dia meletakkan jawatan dahulu dan apabila ada pemangku,dia atau sesiapa sahaja boleh dilantik semua,” katanya  selepas menghadiri dan merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Perak bahagian Larut di Felda Ijok di sini hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas berkenaan khabar angin yang mengatakan berlakunya keretakan hubungan antara Pas dan Bersatu, jelasnya itu adalah mainan politik pihak lawan.

“Kami  tidak menghadapi apa -apa masalah dalaman dan apa yang cuba digembar gemburkan itu hanyalah untuk memecahkan perpaduan dan kekuatan gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Isi itu sengaja direka bertujuan menakut-nakutkan penyokong PN, Pas dan Bersatu masih lagi setia dan semangat setiakawan sentiasa akrab,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI