fbpx

Rider p-hailing susah cari kerja tetap dicop suka buat masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA sebagai rider sering dipandang serong oleh sesetengah pihak. –GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebahagian besar kumpulan penghantar makanan atau barang kini tertekan selepas mendakwa sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap dalam sektor lain.

Mereka mengatakan majikan menolak permohonan untuk bekerja apabila me­ngetahui pekerjaan yang dilakukan ketika ini.

Seorang penghantar makanan atau rider yang mahu dikenali sebagai Nur Izami, 32, berkata, dia sudah lima kali gagal dalam temuduga selepas ditolak majikan dengan alasan rider sepertinya berperwatakan negatif dan berisiko menjejaskan nama baik syarikat.

Katanya, dia pernah menyoal kembali kepada wakil syarikat semasa sesi temuduga, mengapa menyifatkan golongan penghantar seteruk itu.

“Mereka memaklumkan ba­nyak kes tular memaparkan rider suka mencari masalah, banyak rungutan para pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servis sehingga mempengaruhi majikan yang mahu ambil mereka be­kerja.

“Bukan semua rider berpe­rangai sedemikian. Janganlah semua rider dianggap sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Sehingga kini, Nur Izami masih belum memperoleh kerja tetap meskipun sudah lima tahun menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Seni Kulinari dari sebuah universiti awam.

“Bukan tak syukur tapi kerjaya ini tidak sesuai dilakukan sepenuh masa terutama saya yang sudah berkahwin, kerana seperti tidak ada masa dengan anak isteri sebabkan terlalu kejar trip untuk pendapatan lebih,” luahnya.


RIDER sering dikaitkan dengan tindakan suka melanggar lampu isyarat merah hingga berlaku kemalangan. – GAMBAR HIASAN

Seorang lagi penghantar makanan, Fikri Sulaiman, 28, berkata, dia pernah memohon pekerjaan di sebuah institut pengajian tinggi awam tahun lalu, namun tidak dilayan setelah memberitahu mempunyai pengalaman kerja sebagai penghantar makanan.

“Saya sebelum ini pernah kerja sebentar secara kontrak di sektor awam, namun setelah berlaku penularan wabak Covid-19, saya diberhentikan kerja dan berkhidmat sebagai penghantar makanan sepenuh masa sebagai punca pendapatan.

“Siapa yang tidak mahu kerja tetap, tambah pula saya mempunyai diploma. Setakat ini, sudah beberapa kali permintaan kerja saya ditolak mentah-mentah selepas pihak pengurusan syarikat mengetahui saya rider,” katanya.

Tambahnya, dia terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai penghantar makanan bagi me­nyara keluarga sementara mendapatkan pekerjaan tetap.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani berkata, pihaknya menerima lebih 200 aduan dan keluhan setakat ini membabitkan dilema penghantar yang sukar beralih kerjaya dalam industri lain apabila sering ditolak oleh majikan.

Katanya, isu tular membabitkan sikap biadab sesetengah ri­der menjejaskan imej rakan-rakan lain hingga sukar mencari pendapatan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI