fbpx

PRK Kemaman: Pas sahkan Che Alias antara calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim ketika sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas ke-69 di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Penyandang kerusi Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid disahkan antara nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen itu pada 2 Disember depan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun menegaskan pihaknya belum membuat sebarang keputusan dengan penelitian calon masih dilakukan setakat ini.

“Mahkamah buat keputusan beliau (Che Alias) boleh bertanding. Mahkamah tidak menggugurkan beliau, jadi masih layak.

“Cuma siapa (calon), nanti parti akan buat pengumuman,” katanya pada sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas ke-69, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Che Alias bahawa hanya namanya dicadangkan Pas Kemaman sebagai calon PN bagi PRK Kemaman.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya juga belum mendapat senarai calon dengan proses dalam parti adalah kawasan akan menghantar minima dua atau tiga nama.

“Kita akan minta Majlis Syura Ulama akan check dulu berhubung kelayakan nama-nama itu. Sekiranya calon-calon disenaraikan layak kemudian Pas Pusat akan menilai siapa calon mudah menang.

“Hingga setakat ini, Majlis Syura pun belum terima lagi,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI