fbpx

UMPSA digesa tingkat kolaborasi strategik dengan rakan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan bertemu dengan graduan UMPSA pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-18 di Dewan Canselori UMPSA Gambang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) perlu meningkatkan kolaborasi strategik dengan pelbagai rakan industri dalam usaha mengukuhkan kedudukan penarafannya sebagai sebuah universiti unggul di negeri ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor UMPSA bertitah, dengan jalinan kerjasama yang dilakukan secara berterusan itu sekali gus dapat memperkasakan bukan sahaja dalam bidang akademik dan penyelidikan tetapi juga keboleh-pasaran graduan.

Titah baginda lagi, kolaborasi tersebut digalakkan bukan sahaja dilakukan dalam kalangan rakan industri dan universiti lain dalam negara malahan di luar negara.

“Dalam pada itu, penyelidikan dalam pembangunan mampan dan teknologi hijau juga perlu diperkayakan selaras dengan matlamat pembangunan mampan 2030.

“Begitu juga dengan penyelidikan dalam bidang baharu seperti teknologi robotik dan teknologi tinggi berasaskan kecerdasan buatan yang perlu menjadi keutamaan sejajar dengan keperluan industri negara pada hari ini,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-18 di Dewan Canselori UMPSA Gambang di sini hari ini.

Pada majlis itu baginda turut menyempurnakan istiadat pemasyhuran UMPSA dan pengurniaan warkah pemasyhuran Pro-Canselor UMPSA kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam ibni Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin.

Dalam majlis konvokesyen itu, seramai 4,584 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI