fbpx

Konflik Palestin-Israel: Malaysia-Arab Saudi bincang usaha selamatkan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika bertemu Abdul Karim di pejabat Rabitah Alam Islami di Riyadh, Arab Saudi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpeluang berkunjung ke pejabat pertubuhan Islam yang berpengaruh, Rabitah Alam Islami (World Muslim League) di Riyadh, Arab Saudi.

Kunjungan tersebut turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir bagi membincangkan usaha terbaik membantu saudara Islam di Palestin.

“Kunjungan saya bersama Menteri Luar Dr. Zamry Kadir dan delegasi Malaysia disambut dalam suasana persahabatan yang erat oleh Setiausaha Agung Rabitah, Syekh Dr. Abdul Karim Issa.

“Perbincangan kami seputar isu pembantaian terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil oleh pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama’ sedunia.

“Kami turut berbincang berkaitan isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama’ Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan satu pertemuan dengan keluarga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kedua, Prof Emeritus Datuk Dr. Abdul Hamid A. Abu Sulayman di Riyadh.

Menurut Anwar, beliau dan keluarga pemikir Islam tersohor itu sempat mengimbau pengalaman bersama Abdul Hamid dalam membangunkan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan sekian ramai graduan dari seluruh dunia sejak tahun 1970-an.

“Pertemuan dengan Faekah dan anak-anak menggamit kembali memori persahabatan lama keluarga kami sejak 1970-an dan khususnya pengalaman bersama membangunkan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan sekian ramai graduan dari seluruh dunia,” katanya.

Anwar dilaporkan berada di Khamis lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI