fbpx

Selangor, KL berdepan cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang hampir di seluruh negara yang dijangka mampu berlarutan sehingga pukul 4 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Jerantut).

Selain itu, cuaca buruk yang sama juga tertumpu sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur dan seluruh Putrajaya.

“Bagi Negeri Sembilan pula melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta dua daerah di Melaka iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.

“Di Johor lebih tertumpu sekitar Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI