fbpx

Muslimat Pas: Fatihah belanjakan separuh gaji untuk gembirakan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Nor Fatihah disembahyangkan di Surau Al Hidayah, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Allahyarham Nor Fatihah Nabilah Bukri, 23, sanggup membelanjakan separuh gajinya sebagai guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) setiap bulan untuk menggembirakan ahli keluarganya.

Adik kepada arwah Nor Fatihah, Muhamad Sufi Hanif, 22, berkata, kakak sulungnya itu disifatkan sebagai seorang yang suka membantu dan menggembirakan orang lain.

Katanya, arwah kakaknya mula bekerja sebagai guru di Pasti Al Fateh Junior, di sini, sejak awal tahun ini dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,300 sebulan.

“Meskipun gaji dia tidak besar, tetapi dengan pendapatan tersebut dia sentiasa berusaha untuk menggembirakan keluarga.

Muhamad Sufi Hanif mengalirkan air mata ketika bercerita tentang arwah kakaknya, Nor Fatihah ketika ditemui di pekarangan surau Al Hidayah, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani hari ini.

“Hampir separuh gaji bulanan dia gunakan belanja kami sekeluarga makan-makan atau membelikan barang-barang kesukaan adik-adiknya.

“Jika saya atau adik-adik yang lain ada sebut suka sesuatu barang pasti dia akan belikan dan baru-baru ini dia ada belikan saya sehelai baju kesukaan saya,” katanya ketika ditemui selepas selesai solat jenazah di pekarangan surau Al Hidayah, Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, di sini hari ini.

Tambahnya, arwah juga banyak membantu dan menyokongnya yang menyambung pengajian dalam bidang Kerja Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Terengganu.

“Kali terakhir saya berhubung dengan kakak ialah pada Jumaat lalu yang mana arwah memberitahu telah memasukkan sejumlah wang (sumbangan) dari dia dan ibu saudara kami ke akaun bank saya untuk kerja sosial saya di Vietnam nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI