fbpx

Nikmati keaslian rasa Malaysia bersama pes Ayam Brand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam Brand, sebuah jenama yang terkenal di Malaysia, telah memperkenalkan rangkaian pes yang mudah digunakan.

KETIKA memikirkan tentang makanan Malaysia, kita pasti teringat kepada hidangan yang kaya dengan pelbagai rasa. 

Hidangan seperti kari ayam dan sambal tumis yang pedas sentiasa menjadi pilihan utama kita.

Namun, dalam dunia moden yang semakin sibuk, ramai rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, menghadapi cabaran untuk memasak hidangan tradisional ini dari awal.

Untuk mengatasi masalah ini, Ayam Brand, sebuah jenama yang terkenal di Malaysia, telah memperkenalkan rangkaian pes yang mudah digunakan. 

Pes ini membawa rasa hangat Malaysia ke dalam dapur anda, menjadikan lebih mudah untuk menikmati rasa autentik yang membawa kenangan masa kecil.

Pes asam pedas antara pilihan pes yang ditawarkan oleh Ayam Brand.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Teoh Wei Ling berkata, rakyat Malaysia memang gemar dengan makanan tradisional.

Namun begitu, ramai di kalangan kita, terutamanya golongan milenium, Gen Z, dan Alfa, mungkin tidak tahu bagaimana hendak menyediakan hidangan warisan ini. 

“Kami terus membangunkan produk yang semakin mudah digunakan supaya semua orang dapat menikmati rasa asal seperti di rumah. 

“Kami memperkenalkan produk ini dalam jenama Ayam Brand untuk menjadikan proses memasak lebih mudah dan menyediakan resepi yang lazat untuk dinikmati bersama keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, cara untuk memasak juga mudah dan anda hanya perlu mendapatkan pilihan pes Ayam Brand, sama ada pes kari ayam, pes sambal tumis, pes asam pedas mahupun pes rendang Ayam Brand. 

Pes-pes ini dijamin menyediakan keaslian rasa hidangan, di samping memenuhi selera ramai. 

Anda hanya perlu mematuhi arahan pada pek dan sentiasa memantaunya di dapur. 

Sebagai contoh, anda boleh menyediakan satu hidangan warisan yang enak untuk lima atau enam orang dengan hanya satu pek pes Ayam Brand 180 gram (g) yang ditambah dengan 500 hingga 600g protein pilihan. 

Pes-pes ini mempunyai keaslian rasa hidangan, di samping memenuhi selera ramai.

Paling menarik, sajian ini boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira 30 minit.

Anda juga tidak perlu risau kerana pes Ayam Brand ini juga bebas daripada bahan pengawet, MSG dan aditif, selain mempunyai pengiktirafan Halal oleh Jakim. 

Setiap pek boleh didapati dengan hanya RM5. 

Jangan tinggalkan pes Ayam Brand daripada senarai ketika anda keluar membeli barangan dapur. 

Ini kerana  bermula 1 September hingga 31 Oktober ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bersempena penganjuran kempen Bonanza Beli & Menang Ayam Brand yang menawarkan ganjaran berjumlah RM100,000.

Pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bersempena penganjuran kempen Bonanza Beli & Menang Ayam Brand.

Hadiah-hadiah ini termasuk lima hadiah utama berupa jongkong emas seberat 20g, tujuh hadiah tempat kedua iaitu 10g jongkong emas dan sembilan hadiah tempat ketiga iaitu 5g jongkong emas. 

Selain itu, 40 hadiah saguhati berupa kredit Touch ‘n Go  bernilai RM500 dan 180 hadiah mingguan iaitu RM100 kredit Touch ‘n Go juga disediakan kepada pelanggan bertuah.

Anda hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM20 bagi produk Ayam Brand atau yumeat dalam satu resit di kedai-kedai di Semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian. 

Layari laman  www.ayambrand.com.my/peraduanbonanza untuk mendapatkan maklumat lanjut. – KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI