fbpx

Konflik Palestin-Israel: Rejim Zionis ancam bom Hospital Al-Quds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di sekeliling mayat rakyat Palestin yang terkorban selepas serangan udara melanda hospital Ahli Arab di tengah Gaza Selasa lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan bahawa tentera Israel mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds di Semenanjung Gaza, lapor portal berita Middle East Monitor semalam.

Hospital itu menjadi tempat berlindung beribu-ribu wanita dan kanak-kanak yang hilang tempat tinggal.

Seramai 12,000 pelarian termasuk 70 peratus kanak-kanak dan wanita, berada dalam bahaya selepas tentera Israel mengancam untuk mengebom Hospital Al-Quds dan mengarahkan fasiliti itu dikosongkan, kata PRCS di laman X.

“Tempat ini akan menjadi abu jika ancaman itu dilaksanakan. Adakah terdapat kuasa di dunia yang mampu menghentikan ancaman tentera Israel untuk mengebom hospital yang melindungi orang awam?” kata PRCS.

PRCS juga menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera bagi mengelak satu lagi malapetaka seperti yang berlaku ke atas Hospital Al-Ahli. 

Sekurang-kurangnya 471 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli Arab awal minggu ini, demikian menurut pegawai kesihatan Gaza.

Sejak kumpulan Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu, Rejim Zionis melakukan pelbagai serangan mengejut.

Selain melancarkan kempen pengeboman menyeluruh, Israel mengarahkan kepungan penuh ke atas Gaza.

Rejim Zionis turut memotong bekalan elektrik dan air serta menyekat penghantaran makanan, bahan api serta ubat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI