fbpx

Strok haba: Dua pelatih Pulada di ICU stabil, tujuh dibenar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Soon beramah mesra dengan para pembeli sempena Program Jualan Rahmah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Dua lagi penuntut kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi yang dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat strok haba semakin pulih.

Manakala tujuh lagi penuntut yang mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi akibat perkara sama telah dibenarkan pulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai prosedur tersendiri dalam menangani perkara itu.

“Saya percaya ATM ada prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan latihan itu termasuklah dalam cuaca seperti sekarang.

“Selain itu mereka juga boleh mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Rahmah di pekarangan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Awal minggu lalu, Sel Perhubungan Raya Tentera Darat (TD) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24, yang maut akibat strok haba, Ahad lalu.

Terdahulu, seramai 10 penuntut kursus rebah itu secara berperingkat di beberapa lokasi sepanjang laluan eksesais Wira Lasak di kawasan Lapang Sasar Utara, Pulada, Jumaat lalu.

Kesemua mereka dirujuk ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan awal, manakala tiga daripadanya telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Wad ICU (Zon Merah) kerana tidak sedarkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI