JIKA anda peminat drama Strong Girl Bong-Soon yang pernah diterbitkan sekitar tahun 2017, pastinya naskhah baharu Strong Girl Nam-soon wajib ditonton.
Drama berkenaan mengisahkan seorang gadis dengan kuasa luar biasa bernama Gang Nam-soon lakonan Lee Yoo-mi kembali ke Korea Selatan mencari keluarga kandungnya.
Kepulangan Nam-soon disambut dengan pelbagai momen dramatik dan mendebarkan termasuk terjerat dalam kes dadah bersama ahli keluarganya yang lain.
Pada detik itu, kuasa luar biasa yang dimiliki Nam-soon iaitu sebagai gadis yang gagah perkasa mula teruji.
Sejak ditayangkan pada 7 Oktober lalu, Strong Girl Nam-soon yang mempunyai 16 episod itu tersenarai dalam 10 drama paling popular dalam Netflix.