fbpx

Jurubank dipecat sokong Holokaus semasa Perang Dunia Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Citibank memecat seorang kakitangannya selepas wanita itu memuat naik komen di laman Instagram yang menyokong pembunuhan bangsa Yahudi semasa peristiwa Holokaus ketika Perang Dunia Kedua, lapor akhbar New York Post semalam.

“Tidak hairanlah mengapa Adolf Hitler (pemimpin Nazi Jerman) mahu menyingkirkan mereka semua (orang Yahudi),” tulis pekerja tersebut, Nozima Husainova, 25, di Instagram Storynya.

Husainova menulis komen itu sebagai tindak balas kepada hantaran mengenai pengeboman sebuah hospital di Gaza yang didakwa didalangi Rejim Zionis.

Bank pelaburan itu mengesahkan bahawa Husainova dipecat selepas mengeluarkan kenyataan itu.

“Kami telah menamatkan pekerjaan orang yang mengeluarkan komen antisemitik (sikap permusuhan terhadap orang Yahudi) di media sosial. Kami mengecam antisemitisme dan semua ucapan kebencian,” kata seorang jurucakap Citibank.

Menurut halaman LinkedIn Husainova yang kini dipadamkan, wanita itu menamatkan pengajian dalam bidang kewangan di Kolej CUNY Brooklyn pada Jun 2021 sebelum mendapat pekerjaan sebagai jurubank peribadi di Citibank. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI