fbpx

Wan Sharmila tiada niat hina suku kaum jakun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN SHARMILA tidak berniat untuk menghina suku kaum 'jakun' dalam program travelog, By The Sea yang disiarkan hari ini.

PETALING JAYA – Selepas penyanyi Siti Sarah, pelakon Wan Sharmila pula menerima kecaman netizen apabila menggunakan perkataan ‘jakun’ dalam program travelog, By The Sea yang disiarkan hari ini.

Bagaimanapun, Wan Sharmila atau nama lengkapnya, Wan Sharmila Wan Muhamed ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, dia tidak mempunyai niat langsung untuk menyinggung hati mana-mana bangsa atau suku kaum.

“Tidak tahu nak cakap lebih nanti takut salah lagi. Awak beritahu saya baru saya tahu benda ini jadi isu di sosial media.

“Saya tiada niat langsung untuk menyinggung hati mana-mana pihak dengan perkataan yang saya guna di program tersebut,” katanya ringkas melalui satu pesanan WhatsApp hari ini.

Bergandingan dengan pelakon Riena Diana yang berperanan sebagai hos, Wan Sharmila menjawab soalan yang dikemukakan pelakon itu berbunyi: “Terasa macam jakun sikit tengok pantai yang luas terbentang.”

Di Twitter, isu tersebut mula menjadi isu apabila seorang pengguna tidak berpuas hati dengan penggunaan perkataan ‘jakun’ dalam program tersebut.

“Wahai si rasis @Wansharmilalala. Cukuplah menghina orang asli suku kaum jakun. Rasisme perosak minda & negara,” ciap seorang pengguna Twitter.

Pun begitu, ramai juga netizen yang membalas ciapan tersebut mengatakan bahawa perkataan jakun digunakan sesetengah orang atau masyarakat semenanjung yang memberi masuk pelik atau janggal, bukan berniat untuk menghina suku kaum yang dimaksudkan.

“Kami orang Jawa duduk kat Pontian sana memang guna perkataan jakun. Itu bukan nak hina org orang asli,” ciap seorang pengguna Twitter lain.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jakun membawa maksud penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan).

Sebelum ini, Siti Sarah mengundang kecaman dan kemarahan netizen kerana didakwa menghina fizikal orang lain semata-mata untuk mempromosikan produk apabila mengunakan perkataan ‘Orang Asli’ – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI