PHNOM PENH, Kemboja – Seorang pemuda diselamatkan selepas memanjat sebatang tiang elektrik di Phnom Penh, Kemboja, lapor laman berita Kampuchea News semalam.
Kejadian berlaku pada pagi kelmarin di Jalan 608, Phnom Penh.
Saksi di lokasi kejadian berkata, pemuda itu dilihat berpaut pada tiang elektrik sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan).
Walaupun orang ramai dan pihak berkuasa mendesaknya beberapa kali untuk turun, pemuda itu tetap tidak menyedari bahaya yang dihadapinya.
Dia kekal bertenggek di atas tiang elektrik itu selama lebih empat jam sehingga polis terpaksa memanggil sebuah kren untuk menurunkannya.
Dia kemudian diangkut menaiki trak Jabatan Hal Ehwal Sosial untuk menjalani pemulihan dadah. – Agensi