fbpx

Ekonomi dijangka berkembang 3.3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana pada kadar 3.3 peratus berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun 2023 (S3 2023).

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan berkata, kadar itu meningkat berbanding suku kedua tahun ini iaitu 2.9 peratus.

Katanya, anggaran prestasi mengikut sektor menunjukkan pertumbuhan disokong oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan dengan aktiviti pelancongan menunjukkan pemulihan dan kemajuan pelaburan.

“Ini termasuk pelaksanaan projek infrastruktur utama seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan MyDIGITAL 5G.

“Anggaran awal KDNK menunjukkan kesan permintaan global yang lemah dalam tempoh tersebut, terutamanya eksport pembuatan, khususnya dalam segmen elektrik dan elektronik (E&E) dan segmen berkaitan industri primer.

“Berdasarkan prestasi semasa ekonomi dunia dan pencapaian separuh pertama tahun ini, ekonomi Malaysia dianggar berkembang pada kadar 4.0 peratus pada tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, anggaran yang dibentang dalam Belanjawan 2024 itu mengambil kira jangkaan pertumbuhan S3 2023 iaitu dalam lingkungan anggaran pertumbuhan ini.

Pada tahun 2024 pula, ekonomi negara dijangka mencatatkan pertumbuhan antara 4 peratus hingga 5 peratus, disokong oleh persekitaran luar yang semakin pulih dan jangkaan permintaan domestik yang lebih baik.

Katanya, indikator awalan seperti WSTS semiconductor sales menunjukkan kitaran teknologi akan meningkat semula dan berpotensi untuk memberi manfaat kepada eksport E&E Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI