fbpx

EPL: Casemiro tidak dapat bantu perkuat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASEMIRO dilapor mengalami sedikit kecederaan ketika Brazil menentang Venezuela sebelum ini dan perlu menjalani pemulihan. - AFP

LONDON – Manchester United bakal menyambung aksi Liga Perdana Inggeris apabila akan kehilangan khidmat Casemiro untuk hadapi pasukan tercorot, Sheffield United, awal pagi nanti.

Tonggak tengah itu hanya mampu bermain 79 minit ketika skuad Selecao seri 1-1 dengan Venezuela pada kempen kelayakan Piala Dunia, minggu lalu namun beraksi penuh ketika bekas juara dunia itu tewas 2-0 kepada Uruguay, Rabu lalu.

“Atas nasihat kelab, Casemiro masih lagi kekal berada di Brazil bagi membolehkannya pulih secepat mungkin daripada kecederaan ringan dialaminya ketika mewakili Brazil,” menurut kenyataan United.

Pemain berusia 31 tahun itu hanya dijangka kembali ke Carrington awal minggu depan, namun sekali lagi tidak dapat perkuatkan The Red Devils pada pertemuan Liga Juara-Juara menentang Copenhagen selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan dengan Galatasaray.

Bagaimanapun, pengendali United, Erik Ten Hag pasti lega kerana Sofyan Amrabat sudah menjalani latihan, malah bek kiri, Sergio Reguilon bakal turut serta pada kunjungan ke Bramall Lane.

Selain itu, penyerang baharu, Rasmus Hojlund yang berdepan asakan kasar daripada pertahanan San Marino sewaktu mewakili Denmark dilaporkan berada dalam keadaan cergas untuk memperkuatkan United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI