fbpx

TRW bakal dapat sentuhan jurulatih Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORIZAM mengakui perbincangan bersama jurulatih dari Itali berkenaan sudah berada pada fasa terakhir.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PENGENDALI kelahiran Itali hampir pasti dilantik sebagai ketua jurulatih Kelantan FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

Pemiliknya, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkata, rundi­ngan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir dan individu itu me­nunjukkan minat tinggi untuk bersama The Red Warriors (TRW).

Menurutnya, calon itu turut selesa dengan tawaran Kelantan FC malah bersedia menerapkan DNA baharu dalam pasukan seperti yang telah dibentangkan oleh pihak pengurusan.

“Doakan yang baik-baik untuk TRW. Saya juga sedang melengkapkan senarai penolong jurulatih untuk bersama dengan pe­ngendali dari Itali itu nanti.

“Bila semuanya lengkap, saya akan umumkan senarai penuh barisan jurulatih TRW musim 2021,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Katanya, beliau berharap seluruh penyokong dapat berdiri teguh bersamanya dalam mengembalikan semula Kelantan FC ke landasan mentaliti kejuaraan.

“Besar harapan saya untuk melihat musim depan Kelantan FC tampil dengan semangat baharu iaitu tidak mudah mengalah meskipun berdepan dengan tekanan tinggi semasa perlawanan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI