fbpx

NGO serah sumbangan RM40,000 dan bantuan makanan Maik kepada Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Palestin di Gaza menerima sumbangan makanan yang dihantar oleh Maik menerusi NGO iReach pagi tadi. - Foto IHSAN MAIK

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu rakyat di Gaza, Palestin.

Maik dalam satu kenyataan berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi NGO I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk diserahkan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, misi itu turut direaliasikan dengan bantuan Pengarah Misi Bantuan Kecemasan Emergency Relief Gaza Palestine yang diketuai Johan Ariff Ismail.

“Sukarelawan iReach di sana memaklumkan bahawa rakyat Gaza sudah 10 hari tidak makan dan minum. Pada masa sama, penduduk turut berdepan dengan masalah bekalan makanan dan air bersih.

“Maik berharap sumbangan tersebut dapat menjadi sumber kekuatan kepada mereka di sana untuk berdepan dengan situasi getir,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, bantuan bekalan makanan daripada Maik sudah tiba di lokasi perlindungan pelarian di Gaza pada 5.45 pagi tadi waktu Malaysia.

Menurutnya, solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin sudah dilaksanakan sejak 13 Oktober lalu di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim di Kelantan.

“Maik turut mengadakan kutipan Derma Khas Untuk Palestin di masjid seluruh negeri bagi membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

“Ini merupakan lambang solidariti dan ihsan umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI