fbpx

KPM komited capai sasaran satu guru kaunseling bagi 250 murid – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan ICEC 2023 di Hotel Everly, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah untuk memastikan saranan dan intervensi diperlukan oleh klien berjalan secara efisien serta efektif.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, walaupun terdapat kekurangan bilangan guru kaunseling ketika ini, KPM akan terus berusaha dalam memastikan sasaran tersebut dapat dicapai.

“Kita masih bekerja keras ke arah itu dan Insya-Allah dengan persidangan seperti ini (serta) perbincangan kita dengan pihak autoriti untuk memastikan bilangan itu benar mencapai apa yang dihasratkan,” katanya kepada pemberita selepas penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan 2023 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, berhubung Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150, Fadhlina memaklumkan, ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi apa-apa borang permohonan untuk mendapatkan bantuan itu kerana ia akan disalur berdasarkan rekod di sekolah masing-masing.

“Bantuan itu adalah untuk semua murid dan ia sama seperti sebelum ini. Rekod itu sudah ada (dan) mereka (ibu bapa) hanya perlu pergi ke sekolah dan ambil macam biasa. Itu proses biasa macam tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI