fbpx

MPT periksa kedai makan di Temerloh gara-gara hidangan patin busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDANGAN ikan patin merupakan antara hidangan wajib ketika berkunjung ke Temerloh. – GAMBAR HIASAN

TEMERLOH – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bertindak proaktif apabila me­lakukan pemeriksaan segera di semua kedai makan di sekitar daerah ini susulan isu masakan ikan patin busuk.

Pemeriksaan dan pemantauan bersama wakil Jabatan Kesihatan itu dilakukan susulan laporan Kosmo! mengenai mimpi ngeri penggemar ikan patin apabila menikmati hidangan ikan patin berbau busuk seperti bangkai di daerah ini.

Pemeriksaan dan pemantauan dilakukan melibatkan sekumpulan pegawai dan penguat kuasa MPT bersama Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.

Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata, pemeriksaan melibatkan pematuhan peniaga kepada peraturan ditetapkan, pemeriksaan persekitaran premis dan juga tempat penyimpanan bahan mentah.

Beliau memberitahu, pemeriksaan melibatkan kesemua kedai makan termasuk kedai makan yang didakwa terlibat dalam isu masakan ikan patin busuk itu.

“Bagi memastikan perkara ini tidak berulang MPT akan mempergiatkan pemantauan dengan melakukan pemeriksaan dua kali sebulan selepas ini berbanding sekali sebulan sebelum ini.

“Kita juga akan melakukan engagement dengan peniaga restoran, kedai makan dan gerai bagi mengingatkan kepentingan kebersihan dan kualiti makanan serta rountable meeting dengan penggiat industri ikan patin,” katanya di sini semalam.

Menurut Suris, setakat ini pihaknya tidak mengesan kedai yang menyimpan ikan-ikan busuk dan pemeriksaan akan dite­ruskan lagi hari ini.

Beliau berkata pihaknya, tidak teragak-agak mengenakan tindakan mengikut peraturan sekirannya terdapat premis yang masih gagal mematuhi peraturan dan kebersihan ditetapkan.

Jelasnya, antara tindakan yang boleh dikenakan ialah menggantung atau menamatkan lesen perniagaan premis terbabit.

Kosmo! baru-baru ini mela­porkan keterujaan pelanggan menikmati ikan patin terbantut apabila dia disajikan ikan busuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI