fbpx

68 metrik tan bekas racun perosak padi dikitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Iesak (lima kanan) bersama penerima anugerah pada majlis di Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Sebanyak 68 tan metrik bekas racun perosak tanaman padi berjaya dikumpul Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) untuk dikitar semula di seluruh negara tahun lalu.

Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja DOA, Mat Iesak Ngathinee berkata, jumlah itu turut meliputi kira-kira 8.8 tan metrik yang dikumpulkan di Selangor.

“Bagi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, rekod itu melibatkan dua pusat primer dan 35 pusat pengumpulan kecil di sekitar Kuala Selangor.

“Daerah Sabak Bernam pula meliputi satu pusat primer dan 56 pusat pengumpulan kecil yang disediakan bagi memudahkan pesawah mengumpul botol racun untuk dikitar semula,” katanya pada majlis pelancaran Kitar Semula Bekas Racun di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Sungai Burong, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Tegas beliau, aktiviti penanaman padi merekodkan kadar penggunaan input seperti racun makhluk perosak yang tinggi sekali gus menghasilkan sampah seperti botol dan racun.

Sehubungan itu, Mat Iesak berharap kempen itu mendidik pesawah mengitar semula tong racun di tempat pengumpulan primer dan kecil yang disediakan terus meningkat sejak dimulakan 10 tahun lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI