fbpx

Dewan Rakyat: Lebuh Raya WCE dibuka secara berperingkat awal tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander ketika meninjau kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya WCE di di tapak pembinaan Plaza Tol Assam Jawa, Kuala Selangor baru-baru ini. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting dan Taiping dijangka dibuka secara berperingkat bermula awal tahun depan.

Beliau berkata, WCE yang menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dapat mengurangkan kesesakan terutamanya pada musim perayaan.

“Kerajaan kini memberikan tumpuan untuk menyiapkan WCE dari Banting ke Taiping yang akan menjadi laluan alternatif kepada PLUS untuk pengguna menuju ke utara.

“”Kerja-kerja menaik taraf jalan Persekutuan di Tanjung Karang ke Sabak Bernam dan Teluk Intan ke Lekir juga telah disiapkan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Alexander berkata, baki jajaran WCE yang masih dalam pembinaan oleh syarikat konsesi dijangka siap dan dibuka secara berperingkat pada awal depan dan keseluruhannya pada tahun 2025.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) mengenai inisiatif atau alternatif penambahbaikan bilangan lorong atau membina laluan ringan juga boleh membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas lebuh raya PLUS pada setiap kali hujung minggu dan terutamanya pada musim perayaan.

Dalam pada itu Nanta berkata, pada ketika ini WCE yang sedang beroperasi di Selangor adalah dari persimpangan Bandar Bukit Raja Selatan (NNKSB) sehingga ke persimpangan Bukit Raja Utara (Kapar).

Sementara itu jajaran di Perak adalah dari persimpangan Hutan Melintang sehingga Persimpangan Teluk Intan dan Persimpangan Lekir sehingga persimpangan Beruas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI