fbpx

Anugerah Ballon d’Or Benzema mungkin ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan mengaitkannya dengan pergerakan pengganas. - AFP

PARIS – Rentetan dakwaan yang mengaitkan Karim Benzema dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin oleh Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, kini timbul pula gesaan supaya kerajaan negara itu melucutkan kewarganegaraan penyerang itu.

Hanya kerana menzahirkan keprihatinan terhadap konflik yang berlaku di Gaza dan tanpa mengambil kira sumbangan diberikan Benzema bersama Les Blues, senator Perancis, Valerie Boyer secara melulu menuntut tindakan tegas terhadap bintang Al-Ittihad Club.

Selain mahu kewarganegaraan Benzema ditarik, Boyer turut menuntut anugerah Ballon d’Or yang dimenangi bekas penggempur utama Real Madrid musim lalu itu ditarik balik.

“Jika kenyataan daripada Menteri Dalam Negeri benar, kita mesti pertimbangkan sekatan terhadap Karim Benzema. Secara simbolik adalah melucutkan anugerah Ballon d’Or dan pada akhirnya menarik kewarganegaraannya,” kata Boyer.

Terdahulu, bekas penyerang Real Madrid itu menzahirkan doa dan sokongan kepada warga di Gaza yang kini dihimpit serangan oleh Israel hingga mengakibatkan ramai wanita serta kanak-kanak jadi korban.

Dalam masa sama, Benzema juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya dengan kumpulan pengganas.

Menerusi laporan, peguam Benzema mendedahkan pihaknya sedia ambil tindakan undang-undang terhadap ahli politik berkenaan atas dakwaan yang dirasakan tidak munasabah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI