fbpx

Hospital Gaza dibom, Daiyan Trisha tangguh kerja di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKESAN dengan mangsa pengeboman Hospital Al-Ahli di Palestin, pelakon Daiyan Trisha tangguhkan kerja buat sementara waktu.

PETALING JAYA – Serangan terbaharu Israel di Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza semalam cukup membuat pelakon Daiyan Trisha terkesan.

Dia yang sepatutnya melengkapkan beberapa tugasan di Singapura dan Malaysia sepanjang minggu ini terpaksa menangguhkan dahulu kerja bagi menghormati mangsa.

“Saya baru sahaja sampai di Singapura dan sepatutnya menghadiri acara di sini malam ini serta di Kuala Lumpur pada Jumaat nanti.

“Namun, selepas insiden Hospital Al-Ahli dibom pagi tadi (semalam), saya tidak dapat memikirkan urusan lain kerana sangat kecewa.

“Disebabkan isu yang sangat hipersensitif ini, saya memutuskan untuk tidak menghadiri sebarang acara lagi pada minggu ini,” kata penyanyi lagu Penat itu.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 30, mengakui rentetan itu emosinya menjadi tidak stabil dan berharap dapat kembali seperti sedia kala dalam kadar segera.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat. Saya tidak berada dalam keadaan yang baik untuk senyum dan berada dalam keadaan cantik buat masa ini.

“Buat masa ini, saya tidak sekuat itu dan tidak boleh mampu untuk melakukannya.

“Saya akan mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada perkara yang penting,” ujarnya lagi.

Tidak terhenti di situ, Daiyan turut meminta pengikutnya terus berkongsi tentang realiti situasi dihadapi rakyat Palestin bagi membuka mata dunia.

“Sedekah, doa, percaya, lantang dan berani. Tolong terus berkongsi kesedaran dan menjadi kanvas kebenaran.

“Suara anda sangat penting kerana seluruh dunia sedang memerhati,” tuturnya.

Sebelum ini, Daiyan menyalurkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis.

Dia juga merupakan selebriti yang lantang bersuara mengenai nasib umat Islam di Gaza walaupun sedia maklum dengan risiko kontrak bersama jenama gergasi antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI